Staphylococcus aureus

Staphylococcus aureus (S. aureus) ialah bakteria gram positif yang menghasilkan pigmen kuning, bersifat anerob fakultatif, tidak menghasilkan spora dan tidak motil, umumnya tumbuh berpasangan mahupun berkumpulan, dengan diameter sekitar 0,8-1,0 µm.[1][2] S. aureus tumbuh dengan optimum pada suhu 37oC dengan waktu pembelahan 0,47 jam.[3] S. aureus merupakan mikroflora normal manusia.[3] Bakteria ini biasanya terdapat pada saluran pernafasan atas dan kulit[1][4]. Keberadaan S. aureus pada saluran pernafasan atas dan kulit pada individu jarang menyebabkan penyakit, individu sihat biasanya hanya berperan sebagai pembawa.[1] Jangkitan serius akan terjadi ketika ketahanan inang melemah kerana terdapat perubahan hormon; adanya penyakit, luka, atau perlakuan menggunakan steroid atau ubat lain yang mempengaruhi imuniti sehingga terjadi kelemahan inang.[1].Jangkitan S. aureus dikaitkan dengan beberapa keadaan patologi, di antaranya ialah bisul, jerawat, pneumonia, meningitis, dan arthritits.[1] Sebahagian besar penyakit yang disebabkan oleh bakteria ini menghasilkan nanah, oleh itu bakteria ini disebut piogenik.[1] S. aureus juga menghasilkan katalase, iaitu enzim yang menukarkan H2O2 menjadi H2O dan O2, dan koagulase, enzim yang menyebabkan fibrin berkoagulasi dan menggumpal[1]. Koagulase dikaitkan dengan patogen kerana penggumpalan fibrin yang disebabkan oleh enzim ini terkumpul di sekitar bakteria sehingga agen pelindung inang mengalami kesukaran mencapai bakteria dan fagositosis terhambat.[1]

Rujukan

WikiPedia: Staphylococcus aureus http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.themrsa.com http://bacdive.dsmz.de/index.php?search=14487&subm... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://www3.who.int/icd/currentversion/g%7B%7B%7B4... http://www.bacterio.net/staphylococcus.html#aureus http://www.nzor.org.nz/names/a02ec546-17a4-48e1-bc... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=100... http://www.stopmrsanow.org http://www.communities.gov.uk/publications/localgo...